Assalamualaikum dan selamat sejahtera!!!!!
Hai semua! Apa kabar? Terima kasih kerana singgah di blog MOSHA KELANTAN. Pada hari ini saya ingin berkongsi informasi dan pengalaman mengapa saya memilih produk brand MOSHA sebagai minuman harian saya dan keluarga dan produk bagi bisnes saya. Bukan hanya saya tetapi kepada anda juga.
Nak cakap pasal MENGAPA tu... saya mesti cerita sejarah bagaimana saya tahu pasal produk MOSHA ni. Nak tahu ke tanak tahu ni? Dah singgah di blog saya, mestilah semua nak tahu bukan? Baiklah baiklah... Baca yer...
Ianya bermula pada tahun 2010, di mana saya telah berpindah ke Perak dari Johor. Di Perak, saya mengajar di sebuah sekolah di daerah Perak Tengah, hujung Perak Tengah dah sebenarnya, dah dekat dengan Teluk Intan.
Baru ajer transfer, saya dipilih untuk menjadi salah seorang guru penasihat bagi Persatuan Usahawan Muda (PUM) sekolah tersebut. Sekolah di Johor dulu tak pernah pula ada PUM ni. Walau 9 tahun tinggal di Johor, tak pernah pula dengar pasal kewujudan PUM ni.
Pada hujung bulan Januari tahun 2010, pelajar-pelajar PUM yang sudah tingkatan 5 hendak pergi bertanding di Ipoh. Pertandingan itu ialah pertandingan persembahan, atau power point slide show peringkat negeri Perak, bercerita pasal perjalanan perniagaan PUM pada tahun sebelumnya, iaitu semasa mereka di tingkatan 4. Saya diberi tanggungjawab untuk membawa pelajar-pelajar tersebut diiringi oleh seorang guru perempuan, kerana yang masuk bertanding semuanya pelajar perempuan.
Saya ni baru sangat dalam PUM ni, jadi ini lah first time saya join program PUM yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) - masa dulu mana lah saya tahu kewujudan organisasi seperti ini. First time jugalah saya berjumpa dan networking dengan guru-guru seluruh perak. Tanpa disangka-sangka, saya telah berjumpa dengan seorang guru yang mukanya agak familiar. Sembang punya sembang, susur punya susur, rupa-rupanya kami berdua dari sekolah yang sama iaitu, SOK SEK! HAHAHAHA! Saper dapat teka sekolah SOK SEK tu sekolah aper dan di mana? Nama guru itu ialah Cikgu Kamil yang mengajar di Kuala Kangsar.
Dipendekkan cerita, saya bertanyakan semua tentang PUM. Ye lah, zero knowledge beb! Jadi Cikgu Kamil telah berkongsi maklumat mengenainya dan apabila ditanya apa perniagaan yang senang dan memberi pulangan yang bagus, maka, Cikgu Kamil mencadangkan supaya sekolah saya buat bisnes MOSHA. Sebenarnya, guru perempuan yang mengiringi tu dah pernah bagi idea kepada saya tentang bisnes tu, tapi ye lah sebab saya ni baru transfer, dan saya asyik tertukar MOSHA dgn MOCHA. Dah nama pun hampir sama kaaaannn... First time dengar brand ni brooo! Konon saya lebih pandai lah daripada guru perempuan tu... Padahalnya, memang brand name tu ialah MOSHA!
Cikgu Kamil pun beri number contact orang MOSHA tersebut. Namanya Encik Zam. Saya pun call Encik Zam dan kemudiannya beri saya bercakap dengan boss dia, owner of the brand and company, KOPI DAGANG iaitu Encik Mohd. Sharifuddin. Semua dah diaturkan maka seminggu selepas itu, datanglah syarikat Kopi Dagang ke sekolah saya untuk install mesin dispenser dan mengajar cara pasang, basuh dan bancuh produk MOSHA ni. Yang datang install mesin ni ialah Encik Zam dan boss sendiri, Encik Sharifuddin.
Wow! First time saya try rasa air MOSHA ni, rasa nak terbang! SEDAP YANG AMAT MOSHA CHOC MALT NI! Bahkan lebih sedap dari chocolate malt brand-brand lain dan terkenal! Sambil-sambil Encik Zam menerangkan kepada pelajar-pelajar PUM tingkatan 4 (budak PUM baru), saya pun mula bertanyakan kepada Encik Sharifuddin (Encik Din) pasal peluang-peluang bisnes berkenaan brand MOSHA. Dia tak boleh terangkan secara detail kecuali, kalau saya pergi ke ofis beliau di Jalan Kapar, Klang. Itulah pengalaman pertama bagaimana saya boleh jumpa produk brand MOSHA ni.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Selepas bertanyakan kepada beberapa rakan guru, saya diberitahu Jalan Kapar, Klang itu tidaklah begitu jauh dari sekolah. Disebabkan oleh sekolah kami berada berdekatan Teluk Intan, maka saya boleh menggunakan jalan dalam nak ke sana. Dari sekolah saya perlu drive ke Sabak Bernam, Sungai Besar, Kuala Selangor, dan seterusnya, Kapar. Jauh tak jauh pun, dalam sekitar dua jam juga lah. He... he... Saya beritahu isteri saya bahawa pada hari Jumaat, saya akan ke sana.
Sampai sahaja area Kapar, saya mula menelefon pejabat Kopi Dagang, dan bertanya arah. Masa tu zaman takder waze atau google map. Jadi banyak kali juga saya call diarog dan akhirnya, saya jumpa ofis diaorg. Ofis Kopi Dagang berada di tingkat atas sebuah rumah kedai di Taman Sementa. Saya di sapa mesra oleh Encik Zam dan kemudiannya Encik Sharifuddin sendiri. Encik Sharifuddin menerangkan tentang peluang bisnes MOSHA dari A hingga Z.
Memang menarik! Dan saya suka support bisnes orang Melayu, apatah lagi produk ini sangat-sangat berkualiti.
Dah panjang ni. Tentu berpinar mata korang kan? Haha!. InsyaAllah kita akan sambung PART 2 yer...
Jaga diri korang dan kesihatan korang yer.